Kerjaya Mohd Zamri Sulong

Beliau memulakan kerjayanya di dalam industri perbankan dan telah bekerja di Bank of Commerce dan Citi Bank selama 10 tahun.

Beliau menyertai Kumpulan Utusan pada tahun 2001 sebagai Pengurus Kewangan dan telah memegang beberapa jawatan termasuk Pengurus Besar kepada syarikat Utusan Media Sales Sdn. Bhd.[2]

Sebelum menyertai UA Advertising, Zamri telah berkhidmat sebagai Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kepada Utusan Airtime Sdn Bhd, secara tidak langsung menjadikan beliau Ketua Anak Syarikat Utusan Melayu.[5] yang ketika itu merupakan ejen pemasaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk radio dan TV dari tahun 2006 sehingga 2016.[6]